Archive for November 2017
Proses Pembukaan Akaun Bank
By : Alumni SMVKLTarikh : 14 November 2011
Masa : 10.00 AM
Lokasi : Bangi
Bank : Maybank Islamik
Kehadiran :
- Bendahari - En. Ramadzan a.k.a Lunchai
- Timb. Pengerusi - En. Halip
- Naib S/Usaha - En. Kamaruzaman @ Ocha
- Auditor - En. Azhar Jinal (sebagai pemerhati)
Setelah diancam akan dikarate buah pinggang masing masing oleh Tuan Presiden disamping larangan secara kekal tidak boleh menjejakkan kaki ke Kuala Lipis jika masih tertangguh urusan pembukaan akaun, maka dengan tidak semena mena, 3 orang individu yang diamanahkan untuk proses tersebut telah muncul secara serentak disatu kawasan yang dipercayai kedai mamak di area Bangi. Berikut adalah kronologi yang telah berlaku ditempat kejadian.
![]() |
1. Kelihatan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai Lunchai, bersama sama Ocha dan Alip telah berpura pura memberikan senyuman kerana masih gigil dengan ancaman Tuan Presiden. |
![]() |
4. Kelihatan En Lunchai sempat memberikan kursus kepada pegawai bank tentang cara cara mengisi borang Pertabi |
![]() |
5. En Halip sedang menurunkan tips tips dan petua keselamatan kalau terkantoi |
![]() |
6. En Ocha sedang melukis lakaran kampung beliau (ntah kenapa) |
![]() |
7. En. Lunchai telah berjaya mempengaruhi pihak bank untuk berurusan melalui batiniah sahaja tanpa perlu menghadap pegawai yang bertugas, kelihatan beliau sedang membluetooth borang permohonan |
Proses permohonan membuka akaun bank Alumni SMVKL telah berjalan lancar dan telah selesai sekitar sebelum tengahari. Semoga urusan ini dipermudahkan Allah dan mendapat kelulusan dengan kadar yang segera tanpa ada masalah masalah dokumentasi. InsyaAllah , Aamiin.
Tag :
Penubuhan,