- Back to Home »
- Info »
- Pengenalan Alumni
Posted by : Alumni SMVKL
25 Oct 2017
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Ringkasnya,
Bertitik tolak dari pertemuan pertama yang dianjurkan di Sungai Buloh sekitar Oktober 2016, satu iltizam telah tercipta untuk terus mencari dan menyelidiki dan mengumpul sebanyak mungkin bekas bekas pelajar SMVKL Tahun 90-91 disamping membibitkan harapan untuk mengadakan satu perjumpaan mega yang boleh disertai lebih ramai ahli.
Untuk merealisasikan perkara tersebut, satu jawatankuasa ad-hoc telah dibentuk untuk membuat perancangan khusus serta diamanahkan untuk mengaturkan prasarana prasarana yang berkaitan supaya segala galanya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Walaubagaimanapun, dipertengahan perancangan, atas permasalahan permasalahan teknikal yang mula dirasakan seperti contoh : timbul masalah akaun bank yang hendak digunakan dan sukar untuk mendapatkan komitmen empunya akaun, maka wujud kesedaran tentang keperluan untuk menubuhkan persatuan yang bergerak secara rasmi dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Alhamdulillah, setelah melalui proses yang panjang dan melelahkan, akhirnya pendaftaran persatuan ini dapat dijayakan dengan rasminya pada 23hb Oktober 2017 dengan nama Alumni SMVKL Tahun 90-91 dan nombor pendaftarannya PPM-020-10-23102017.
Syukur dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ad-hoc, jawatankuasa penaja peringkat sekretariat, jawatan kuasa pegawai penaja dan keseluruhan bekas pelajar SMVKL khususnya, berserta keluarga keluarga mereka, kerana komited untuk memastikan kumpulan whatsapp SMVKL terus meriah dan perkara itulah yang telah memacu azam kami diperingkat sekretariat untuk bersungguh sungguh menjadikan pendaftaran alumni ini menjadi kenyataan.
Terima Kasih sekali lagi.
Demang @ KerinchiTerima Kasih sekali lagi.
S/Usaha Alumni SMVKL