Perkara : Mesyuarat Pra-Penubuhan Persatuan
Tarikh : 20 Sept 2017
Lokasi : Desa Pinggiran Putra
1. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat
2. Bacaan Doa
3. Catatan jumlah kehadiran ahli mesyuarat
4. Pengerusi Mesyuarat menggariskan beberapa perkara mengenai tatacara mesyuarat bagi memastikan kelancaran keseluruhan proses
5. Pemilihan Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni SMVKL 90-91
i) Perlantikan seorang Pengerusi
ii) Perlantikan seorang Timbalan Pengerusi
iii) Perlantikan seorang Setiausaha
iv) Perlantikan seorang Bendahari
v) Melantik AJK Penaja
6. Ucapan Pengerusi Penaja yang dilantik mengenai hala tuju persatuan dan Asas Pelembagaan yang ditetapkan oleh Pendaftar Persatuan.
7. Membincang serta membahaskan Undang-undang dan Peraturan Pelembagaan Persatuan bagi tujuan mengambil ketetapan atas perkara perkara yang berikut :
i) Nama Persatuan Alumni
ii) Alamat Surat mesyuarat
iii) Tujuan Penubuhan
iv) Logo dan Bendera Persatuan
v) Perkara berbangkit dari mesyuarat pra-pelancaran sebelum ini
vi) Membentang Akta-Akta Pelembagaan dan Undang-Undang Persatuan dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan.
8. Membincang dan mencadangkan pembukaan akaun kewangan Persatuan
9. Ucapan Penangguhan Mesyuarat
10. Mesyuarat di tangguhkan
-==//==-
Perincian Minit Mesyuarat
1. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat Pra-Penubuhan Alumni
Anggota yang hadir dalam Mesyuarat Penaja telah sebulat suara bersetuju melantik En. Nor Mohd Rozi B. Abu Samah sebagai Pengerusi Mesyuarat bagi mengendalikan perjalanan mesyuarat penaja Persatuan Alumni ini. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua individu yang sudi hadir dalam perjumpaan pada malam ini kerana telah beriltizam untuk mengumpulkan kembali rakan-rakan yang pernah sama sama menuntut ilmu di sekolah Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lipis atau ringkasnya SMVKL.
Selain itu, dengan tertubuhnya Persatuan Alumni ini akan dapat mendorong bekas bekas pelajar ini untuk kembali merapatkan ukhuwah dan membentuk kerjasama serta menyemai bakti dalam program program Persatuan Alumni yang bakal diadakan pada masa hadapan . Akhir kata, beliau menyeru kepada semua supaya bersama-sama berganding bahu dan bersepakat dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni yang akan ditubuhkan nanti. Beliau juga berharap mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar serta teratur mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
2. Bacaan Doa
Bacaan doa memohon agar majlis berjalan dengan tenang, lancar dan diberkati telah disempurnakan oleh saudara Arshad Kamarzaman
3. Catatan jumlah kehadiran ahli mesyuarat
Pengerusi Mesyuarat dengan rasa gembira telah mengumumkan kehadiran seramai 21 orang. Ini bermaksud kehadiran ahli seramai ini telah melepasi syarat untuk mengadakan mesyuarat penubuhan iaitu sekurang-kurangnya 7 orang.
4. Pesanan Pengerusi Mesyuarat mengenai tatacara mesyuarat Persatuan mengikut Akta dan Perlembagaan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Pengerusi Mesyuarat yang dilantik telah berpesan agar ahli menjaga tingkah laku dan tutur bicara dengan baik sewaktu mesyuarat dijalankan. Setiap ahli mesyuarat perlu menjaga etika iaitu sentiasa mendahului Pengerusi Mesyuarat setiap kali hendak berucap.
Pengerusi juga menyarankan agar proses pengundian untuk memilih Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni hendaklah tertib dan teratur di mana setiap cadangan dan sokongan perlulah menyebut nama diri terlebih dahulu sebelum proses penamaan calon dibangkitkan. Beliau juga berharap agar mesyuarat ini tidak menjadi medan pertikaman lidah sesama sendiri semasa proses pemilihan dijalankan.
5. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni SMVKL
Atas pengesahan Pengerusi Mesyuarat pemilihan untuk pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja telah dijalankan seperti berikut:
i. Memilih pelantikan seorang Pengerusi.
Encik Sarif Bin Omar@Abu Bakar telah dicadangkan sebagai Pengerusi Penaja oleh;
Cadangan : En. Helmi B. Moen
Sokongan : En. Mohamed Ramadzan B. Abu Mansor
Majoriti : Sokongan sebulat suara oleh Ahli Mesyuarat
ii. Memilih seorang Timbalan Pengerusi.
Encik Halip B. Amran telah dicadangkan sebagai Timbalan Pengerusi oleh;
Cadangan : En. Nor Mohd Rozi B Abu Samah
Sokongan : En. Fauzi B. Sharif
Majoriti : Sokongan sebulat suara oleh Ahli Mesyuarat
iii. Memilih seorang Setiausaha
En. Nor Mohd Rozi telah dicadangkan sebagai Setiausaha oleh;
Cadangan : En. Sarif B. Omar
Sokongan : En. Abu Bakar B Abd Rahman
Majoriti : Sokongan sebulat suara oleh Ahli Mesyuarat
iv. Memilih seorang Bendahari
Encik Mohamed Ramadzan Bin Abu Mansor telah dicadangkan sebagai Bendahari oleh;
Cadangan : En. Zubir B. Jaedin
Sokongan : En. Mohd Azhar Bin Jinal
Majoriti : Sokongan sebulat suara oleh Ahli Mesyuarat
v. Memilih 15 orang AJK Penaja
Bagi tidak melengahkan masa Pengerusi Mesyuarat juga telah mempersetujui cadangan agar salah seorang ahli mesyuarat yang mencadangkan untuk 15 orang AJK Penaja dibuat secara serentak dan mendapat persetujuan dari semua ahli yang hadir. Berikutan itu cadangan yang dibuat adalah seperti berikut;
1. En. Kamaruzaman B. Mat Yet
2. En. Abu Bakar B. Abd Rahman
3. En. Zubir Bin Jaedin
4. En. Mohd Azhar B Jinal
5. En. Mohd Norazim Bin Abdul Jalil
6. En. Azmi B Abbas
7. En. Hemi B Abd Moen
8. En. Sharul Nizam B Musa
9. En. Ahmad Zainudin B Kasim
10. En. Amrizal B Solip
11. En. Sulaiman Bin Osman
12. En. Adief
13. En. Fauzi B. Sharif
14. En. Rasmiza Bin Zakaria
15 En. Arshad B. Kamarzaman
Cadangan : En. Halip B. Amran
Sokongan : En. Abdul Rahman B. Hambali
Majoriti : Sokongan sebulat suara oleh Ahli Mesyuarat
6. Ucapan Pengerusi Penaja yang dilantik mengenai hala tuju Persatuan Alumni dan Asas Perlembagaan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Selaku Pengerusi Penaja yang baru dilantik dengan penuh kepercayaan dan sokongan dari ahli, beliau telah berkesempatan untuk berucap sepatah dua kata tentang matlamat penubuhan Pertubuhan Alumni SMVKL. Berikut adalah ucapan serba ringkas dari Pengerusi Penaja yang baru dilantik untuk memegang amanah yang diberikan oleh ahli mesyuarat penubuhan Alumni.
i. Beliau mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua hadirin yang telah hadir dalam menjayakan mesyuarat Penajaan Penubuhan Persatuan Alumni SMVKL.
ii. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli kerana sanggup bersusah payah untuk menubuhkan satu Persatuan Alumni untuk bekas bekas pelajar disamping membuka peluang kepada semua ahli untuk menjejaki sahabat sahabat lama. Ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli yang menyertai Persatuan Alumni ini.
iii. Selaku Pengerusi Penaja yang dilantik beliau menyarankan supaya kita semua perlu menjadikan Persatuan Alumni ini sebagai satu Persatuan yang kuat dan disegani serta dicontohi oleh pihak lain.
iv. Beliau juga menyarankan kepada semua untuk menyahut cabaran agar memperjuangkan hala tuju Persatuan supaya mencapai matlamat yang dipersetujui bersama dengan jayanya.
v. Dikesempatan ini juga beliau megucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk menerajui Persatuan Alumni sebagaimana yang dikehendaki oleh semua ahli sebagai seorang pengerusi.
7. Membincang Undang-undang dan Peraturan Pelembagaan Persatuan
Atas kesepakatan dalam mesyuarat penaja, semua barisan Ahli Jawatankuasa Penaja yang telah dilantik telah bersetuju untuk menamakan persatuan ini dengan nama Alumni SMVKL Tahun 90-91 sebagai nama rasmi Persatuan ini dan hendaklah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan dengan kadar segera.
Alamat Surat Menyurat telah disepakati oleh semua yang hadir bersetuju untuk menjadikan alamat rumah Timbalan Pengerusi Penaja sebagai alamat pendaftaran dan juga alamat surat menyurat bagi Persatuan. Alamatnya adalah seperti berikut:
72, Kampung Jalan Enam Kaki
Beranang, 43700, Kajang
Selangor Darul Ehsan
Tujuan utama penubuhan Persatuan Alumni SMVKL seperti terkandung dalam pelembagaan ialah;
i) Menyatupadukan bekas pelajar-pelajar institusi SMVKL khususnya dari tahun 90-91
ii) Menjalankan aktiviti aktiviti untuk ahli.
iii) Mengambil bahagian dalam rancangan pembangunan dan kebajikan yang akan memberri faedah kepada ahli pertubuhan, masyarakat dan institusi.
iv) Memupuk semangat persahabatan dan persefahaman dikalangan ahli.
v) Memupuk perpaduan nasional serta mempertingkatkan hubungan persahabatan dan semangat kekitaan melalui program program pertubuhan.
vi) Menjaga kebajikan am para ahli
Logo dan Bendera Persatuan
Dalam mesyuarat penaja ini semua ahli bersetuju untuk menangguhkan penggunaan logo dan bendera ke satu tarikh lain untuk memberi ruang kepada semua ahli dan bakal ahli untuk sama sama menyumbang idea yang bernas untuk diabadikan sebagai mercu tanda bagi Persatuan ini.
Perkara berbangkit mengenai Persatuan
Berkaitan yuran yang dikenakan, semua ahli telah bersetuju supaya yuran keahlian ditetapkan sebanyak RM10.00 sahaja setiap permohonan baru dan kali pertama. Manakala yuran secara tahunan dipersetujui sebanyak RM50.00 sahaja
Membentang Akta-Akta Pelembagaan dan Undang-Undang Persatuan
Pengerusi mesyuarat telah menjemput Pengerusi Penaja, En. Sarif B. Omar bagi membentangkan Akta-akta Pelembagaan yang telah digariskan untuk difahami oleh semua yang hadir.
8. Membincang dan Mencadangkan Pembukaan Akaun Kewangan Persatuan
Ahli Sekretariat yang dilantik dan semua Ahli Jawatankuasa yang lain telah bersetuju untuk membuka satu akaun kewangan Persatuan Alumni SMVKL Tahun 90-91 di mana-mana Bank yang berdekatan.
Akaun bank perlu didaftarkan atas tiga nama bagi jawatan dalam Persatuan Alumni iaitu Timbalan Pengerusi, Bendahari dan salah seorang AJK yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Penajaan serta Mesyuarat Agung Tahunan. Pengeluaran wang Persatuan Alumni perlu adanya tandatangan dua daripada tiga senarai tersebut.
9. Ucapan Penangguhan Mesyuarat
Pengerusi Penaja, En. Sarif B. Omar mengucapkan ribuan terima kasih diatas kejayaan mesyuarat penaja yang berjalan dengan lancar. Selaku pengerusi penaja beliau berjanji akan berusaha untuk mendaftarkan Persatuan Alumni ini dengan secepat yang mungkin agar aktiviti Persatuan Alumni yang dirancangkan dapat dijalankan secara rasmi. Selain itu, beliau juga berjanji akan memberikan komitmen yang terbaik dalam merencana perjalanan Persatuan Alumni agar dapat mencapai matlamat serta memenuhi aspirasi penubuhan.
10. Penangguhan Mesyuarat Penaja
Pengerusi Mesyuarat telah menangguhkan mesyuarat penaja penubuhan Persatuan Alumni SMVKL pada jam 1.30 pagi dengan disudahi dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al Asr'
Disediakan oleh:
----------------------------------
( Nor Mohd Rozi B. Abu Samah)
Setiausaha Penaja Alumni SMVKL
Disahkan oleh:
-----------------------
(Halip B. Amran)
Timb. Pengerusi Penaja Alumni SMVKL
Sekian, Terima Kasih